Hai korang, aku nak cerita sikit ni. Panjang sikit ah. Baca. Ikut seruan kerajaan dengan membaca. So baca, paham?
_____
Seorang perempuan berjalan menuju ke kantin sekolah. Tiada niat langsung mahu makan berlebihan. Kek yang dibekalkan Sofea Lexy's mother telah cukup membuatkan si perempuan senak perut. Dia meneruskan perjalanan. Nugget ketam yang dibekalkan oleh pembantu rumah yang sedia membantu errr rumah tidak dapat menarik selera tuannya.
Sesampainya di kantin, sedia mengeluarkan nugget ketam yang dibawa dengan penuh tidak semangatnya. Lalu, Hanani, rakannya sedang membawa nasi lemak yang dibelinya di kantin menuju ke arahnya yang sedang duduk di sebuah meja panjang yang memang tersedia di situ.
Lalu berfikir si perempuan, "daripada nugget ketam yang sedaphinggaakutaknakmakan ni, baik aku beli nasi lemak".
Perempuan bertanya kepada Hanani
"Weh, mana beli?"
"Sana tu ah*jarinya menunjuk ke arah budak budak yang sibuk membeli makanan
..Cepat sikit, nasi lemak dah nak habis" sambung si rakan lagi.
Perempuan dengan pantas mengalahkan Ferrari berkuasa kuda pecut ke arah yang ditunjukkan Hanani. Sesampainya di sana, yang tinggal di tray nasi lemak itu cuma beberapa ekor lalat yang mungkin telah kekeyangan membaham nasi lemak makcik kantin. Akhirnya dia pulang ke meja makan rakan-rakannya dengan muka yang agak kesal.
Tasha yang menyedari perubahan muka si perempuan cepat berkata
"weh, kau tengok kat tempat laki weh, kat situ banyak lagi nasi lemak"
Dengan laju nya si perempuan bergegas ke tempat membeli makanan untuk lelaki dengan harapan ada sikit lagi nasi lemak yang belum di beli.
Sesampainya di sana, si perempuan terdengar perbualan ringkas makcik kantin bersama dua orang pelajar perempuan yang turut berada di tempat membeli makanan lelaki.
"Ini mihun, ini nasi lemak" bersemangat si makcik menunjuk ke arah tray-tray yang satu tidak berusik(mihun), satu lagi sudah hampir tiada isinya(nasi lemak).
Setelah mendengar perbualan ringkas si makcik dan si pelajar, apalagi, perempuan terus mengambil satu bungkus makanan di dalam tray yang hampir kosong itu. Terus membayar. Terus ke port biasa rakan-rakannya hari itu.
Dengan muka gembira, si perempuan membuka bungkusan makanan itu dengan harapan ianya seperti yang dijanjikan makcik kantin.
Tak sampai 30 saat selepas itu, kedengaran seorang perempuan berkata kepada rakan-rakannya, "Cilaka punya makcik kantin. Ni mihun!".
Perempuan makan juga mihun itu walaupun hatinya sedih gila. Hatinya menangis, derasnya mengalahkan air terjun Niagara. <-------- Haha. Euw. Jiwang
_____
Part yang sedihnya ialah bila perempuan ni bukan mak aku, kawan aku, ikan aku mahupon kucing cik Som.
Perempuan ni aku. Aku dah determine gila time tu aku akan dapat nasi lemak.
Okaylah, tadi, semalam, haritu, frust gila. Ish, aku always end up macam ni sejak kebelakangan ni. Kbai
No comments:
Post a Comment