Monday, May 30, 2011

Sabtu

Cuti dah start dah. Aku start cuti aku dengan gi Hari Belia pada Sabtu. Beli pixels banyak banyak. Ceh tiga je. Adam pun beli. Erm, tengok Suju. Terasa gay dan balik. Tengok kereta. Adam and abang dapat photoshoot free. Aku segan dan tudung tak lawa so tak buat lah benda alah tu. Orang yang naik benda lompat tinggi tinggi tu coolio gilaaa. Budak budak fixie. Apek apek rollerblade. Memang jealous yang amat ah kan. Pastu, dah puas pusing, sampai minta minta dukung kat mereka kan. Kena balik. Balik sekejap. Pack pack barang, gi Kl lak. Nak gi sunway, pastu tk jadi. Habis ah paksu dah sumpah seranah mereka kan. Masalah diorang ni datang rumah tk ikot waktu pulaa, time orang jantan yang kuat takde kat rumah laa time tu mereka nak datang kan, kata janji datang malam. Cakap macam ** tapi cina. Okay, rascist. Haha. Time tu dah sampai gate singa sunway tu dah. Pergh haih. Pastu malam, tengok kung fu panda. Gi jusco makan makan. Malam lagi makan lagi kan. Tengok bola sampai pukul tiga. Baru first half, aku dah tidur dah kat kedai mamak tu. Diorang hantar aku balik. Pastu gi balik kedai mamak, nak sambung kan. K dah itu jew. Tu baru hari Sabtu. Haha kbai


Ini aku punyeww

Alaa weh, Adem punya tak dapat upload la pulaa. Benda ni ish haih. Kbye

p/s : Sorry, biasalah orang tak biasa jumpa pixels
:P

Friday, May 27, 2011

Entri Khas #3

Arina.

Sekarang entri khas pasal Arina. Bukan senang oh Athirah nak bagi entri khas saja saja kat orang. He/She must be one in a million kalau Athirah yang letak dia dalam entri baru. Heh. See the leg lah.

Okay bye poyo. Hello serious.

Arina. Hmm macamane nak mula ni. Err haa!
Arina adalah seorang evil genius yang gila. Shes wicked. Haha. Dia budak pandai yang ditempatkan di kelas sains tapi berpindah ke kelas akaun. Dia straight A's. Pernah bergelut dengan cikgu sebab cikgu paksa dia ambil Addmath. Dia budak ICT. Masuk akaun sebab nak kejar cita cita katanya.

Dia ada seorang adik. Adik dia tak sama mcm dia. Hee. Oh ya, mereka Chinese. Half chinese i mean. Tapi dia Melayu. Hell, apa aku merepek ni.

Ah sebenarnya apa yang ingin aku khabarkan di sini ialah Arina pernah kata camni :-

"Boleh lah, youre likable"

A pretty evening. Baru balik koko rasanya. Bawah pokok depan sekolah. Time tu musim Arina first first jatuh cinta sama Iskandar. Haha. Comel lah Arina ni. Time tu aku spechless, aku taktahu apa nak jawab dekat Arina. I was like 'If I was likable, kenapa DIA tak suka aku' Sedikit kecewa di situ. Takpe. I'll get over it nanti. Heh.

Sekarang, tengok Arina. Dia dah confess. Dengan beraninya. Iskandar pula dah minat kat dia. Tapi malu. Hampeh. The point is sekarang Arina dah likable. Hee Siapa kata Arina tak likable. Even my brother said Arina cantik, oh he did tambah 'Arina berani'. Haha.

Lol weh, have confident in yourself! Love you ♥

Oh ya, safe trip dekat Korea. Ramai budak sekolah kita teringin nak pergi sana. Do make them jealous ;)


Tengok muka wicked dia. Not her real spect.

Wednesday, May 18, 2011

Gambaq depa

Gambar tanpa edit yang dijanjikan. Sorry, photographer tak top mcm orang tuuu ;D


Inai dia bhai~



Selamat pengantin baru! kepak kepak kebom kebom <----kompang

aku yg susah pakaikan kasut cinderelly dia -.- Tinggi woo

misi selesai. Cewwah

Ada lagi, tapi aku malas nak upload. Dengan hujan nya, internet lembab nya, unifi bawah tanahnya. So, dia lembab. Kbyee


Saturday, May 14, 2011

Url Baru

Aku dah tukar url kali ke-3 dah ni. Jangan tanya kenapa.

Tapi, nanti habis ah stalker stlker aku nanti. Yang takde blog tu. Macane mereka mahu mengstalk aku lagi. Haha Bajet cam ada orang je nak stalk. Okay :|

Bye, oh ya. Checkout my url di atas okay.

Sunday, May 08, 2011

Happy Mama/Ibu/Umi/Mothers Day dengan sedikit selsema!

F you lah selsema!

*sniff

aku tgh selsema ni

*sniff

tapi, this wont stop me to wish all mothers out there,

Happy Mother's Day
y'all


sempena..

*sniff

sempena mother's day yang setahun sekali je ni, aku tanak bagi mak aku marah harini. Hilang mood dia, hilanglah mother's day special aku. Haha

Sikit tentang mak saya

*sniff sniff

Mak saya merupakan chef yang hebat. So does her mother. Erm, my grandma lah kira. Chef yang hebat which I've soon become kalaukerjakerasmetibolehpunyeww

Mak saya org yang positif. Sama macam bapa saya. Positif kot. Serious ni, wa tarak tipu sama lu orang ni.

Mak saya pandai ilmu kesusasteraan while bapa saya works with math. Tapi mereka serasi jugaa :3

Mak saya ini ada sama taste in fashion dengan saya. Cewahh.kalau korang rasa Ive a bad taste in fashion, aku report kat mak akuu. Haha

Mak saya suka tengok drama korea. Dari situ laa saya minat hot guys korea tu. Saya, like mother like daughter pun ikot juga meminati drama korea, tapi bukan lagu mereka. Saya minat bigbang je. Eh, tu bukan korea ke? Haha

*sniff sniff sniff

Sampai hari ni aku tak pasti lagi mak aku bekerja sebagai apa. Tapi tahunya, bekerja di menara buluh yang terletak tengah tengah bandaraya nun. Kerja TM tu je aku tahu. So we takpayah sibuk pasal kerja dia lah ya?

My mom ada hobby. Membebel. Tai aku tak kisah, cuba kalau dia senyap jee, mesti aku akan sense something wrong somewhere punyaa. Besides, I'll sure miss her membebel bila aku masuk university of unicornity nanti..

Oh ya, you might know this from my older post that I suka my mom usap usap kepala aku bila tidur. And yeah, still suka. I feel like a pussy cat. Miaow :3 haha

My mom sekarang sibuk kerja sama my makjang or pakjang or others. Currently kat Melaka sekarang. That beach yesterday was a bitch yo! <----bajet gangster dan rappers tapi still sakai

*sniff <----curse youu selsemaaaa!

Sekarang aku tinggal nak bagi something I've made ikhlas for my mom. I know ia tak keluarkan money, but I've put my heart out in that paper. Penuh kasih dan sayang dan kasih dan sayang. So, wish me luck guys! Nak bagi dengan penuh ciri ciri dramatik ni. Cewahh





Thursday, May 05, 2011

Cerita menyayat hati

Hai korang, aku nak cerita sikit ni. Panjang sikit ah. Baca. Ikut seruan kerajaan dengan membaca. So baca, paham?

_____

Seorang perempuan berjalan menuju ke kantin sekolah. Tiada niat langsung mahu makan berlebihan. Kek yang dibekalkan Sofea Lexy's mother telah cukup membuatkan si perempuan senak perut. Dia meneruskan perjalanan. Nugget ketam yang dibekalkan oleh pembantu rumah yang sedia membantu errr rumah tidak dapat menarik selera tuannya.

Sesampainya di kantin, sedia mengeluarkan nugget ketam yang dibawa dengan penuh tidak semangatnya. Lalu, Hanani, rakannya sedang membawa nasi lemak yang dibelinya di kantin menuju ke arahnya yang sedang duduk di sebuah meja panjang yang memang tersedia di situ.

Lalu berfikir si perempuan, "daripada nugget ketam yang sedaphinggaakutaknakmakan ni, baik aku beli nasi lemak".

Perempuan bertanya kepada Hanani

"Weh, mana beli?"

"Sana tu ah*jarinya menunjuk ke arah budak budak yang sibuk membeli makanan

..Cepat sikit, nasi lemak dah nak habis" sambung si rakan lagi.


Perempuan dengan pantas mengalahkan Ferrari berkuasa kuda pecut ke arah yang ditunjukkan Hanani. Sesampainya di sana, yang tinggal di tray nasi lemak itu cuma beberapa ekor lalat yang mungkin telah kekeyangan membaham nasi lemak makcik kantin. Akhirnya dia pulang ke meja makan rakan-rakannya dengan muka yang agak kesal.

Tasha yang menyedari perubahan muka si perempuan cepat berkata

"weh, kau tengok kat tempat laki weh, kat situ banyak lagi nasi lemak"

Dengan laju nya si perempuan bergegas ke tempat membeli makanan untuk lelaki dengan harapan ada sikit lagi nasi lemak yang belum di beli.

Sesampainya di sana, si perempuan terdengar perbualan ringkas makcik kantin bersama dua orang pelajar perempuan yang turut berada di tempat membeli makanan lelaki.


"Ini mihun, ini nasi lemak" bersemangat si makcik menunjuk ke arah tray-tray yang satu tidak berusik(mihun), satu lagi sudah hampir tiada isinya(nasi lemak).

Setelah mendengar perbualan ringkas si makcik dan si pelajar, apalagi, perempuan terus mengambil satu bungkus makanan di dalam tray yang hampir kosong itu. Terus membayar. Terus ke port biasa rakan-rakannya hari itu.

Dengan muka gembira, si perempuan membuka bungkusan makanan itu dengan harapan ianya seperti yang dijanjikan makcik kantin.

Tak sampai 30 saat selepas itu, kedengaran seorang perempuan berkata kepada rakan-rakannya, "Cilaka punya makcik kantin. Ni mihun!".

Perempuan makan juga mihun itu walaupun hatinya sedih gila. Hatinya menangis, derasnya mengalahkan air terjun Niagara. <-------- Haha. Euw. Jiwang

_____

Part yang sedihnya ialah bila perempuan ni bukan mak aku, kawan aku, ikan aku mahupon kucing cik Som.

Perempuan ni aku. Aku dah determine gila time tu aku akan dapat nasi lemak.

Okaylah, tadi, semalam, haritu, frust gila. Ish, aku always end up macam ni sejak kebelakangan ni. Kbai

Sunday, May 01, 2011

Berat Hati

30th of May? Prince William kahwin?! Oh. My. Goshh.

Tak batak pon -.-
Aku pon pergi tengok orang kahwin. Eh tak, aku pon gi kahwin time 30th of May tu :P
Maklang aku kahwin time tu. Aku tak rasa rugi langsung terlepas Prince who? Oh sorry, aku kenal Prince Yusri and Princess Sue je. Woohooo

Aku tengok real life bukan di kaca televisi. Korang ada?
Aku jadi part-timer photographer. Korang ada?
Aku dapat baju macam pengantin yang panas sikit ah. Korang ada?
Maklang aku punya wedding kat Masjid Putrajaya. Korang ada?

Erm, apa lagi. Oh ya, tak percaya? Nanti aku upload gambar tau
U olls wait and see je yea?


Minggu depan punya depan exam..

Aku nak gi belajar, pastu kalahkan Hafiz Rodzi dengan Kah Yee. Pastu nak suruh kelas belanja aku McD punya Mcflurry dengan Double Cheese Burger <----------harapannnn

Sekarang ni aku semangat nak belajar. Facebook, Tumblr and Blog, wait for me will ya? Nanti aku online, sign in balik dengan seribu harapan notifications aku penuh <----------lagi sekali, harapannn

Okay buku, sekarang kau date sama aku. Walaupun kau huduh, bosan dan penuh dengan jerawat (tulisan) tiada gambar menarik atau kartun doraemon tapi kau lah yang membolehkan aku lulus dengan cemerlang dan kalahkan Hafiz Rodzi dengan Kah Yee. Pastu nak suruh kelas belanja aku McD punya Mcflurry dengan Double Cheese Burger.

Nah kalau rindu, tahu lah korang tak rindu. Ah takde kena rindu jugak >:D






kbai, walaupun berat hati ingin meninggalkan, tetapi apakan daya..

Okaylah bye, Ill miss u olls muah muah tata titi tutu